Monday 4 September 2017

BADAN UNIFORM: PANDU PUTERI

Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Semenjak tahun 1928 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah menerima pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan Malaysia. Ordinan Pandu Puteri 1953 telah digantikan oleh Akta Pandu Puteri 1953. Akta ini telah disemak pada tahun 1991.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.
Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok.


Ini adalah baju Pandu Puteri Tunas yang dipakai setiap hari Khamis. Seperti juga peraturan pakaian seragam unit uniform yang lain, pakaian seragam Pandu Puteri perlu dipakai dengan cara yang betul, kemas dan bergaya.


Ini adalah seluar Pandu Puteri Tunas. Warnanya ialah biru tua atau biru biasa. 

















Inilah logo Pandu Puteri Tunas.












Inilah lencana Pandu Puteri Tunas.




Ini juga lencana Pandu Puteri Tunas yang  dipanggil Lencana Bunga BUNGA KENANGA.


 










Inilah lencana dunia.












Inilah scarf yang wajib dipakai bersama tudung hitam. 















Inilah lencana selangor yang diletakkan di belakang scarf.                                 


Inilah woogle yang dipakai dengan scarf.

















No comments:

Post a Comment

Hobby .🌸 scooter.

MY HOBY IS SCOOTER. I ALWAYS PLAY WITH MY SISTER WHEN I AT HOME. ITS FUN AND BEST.